LONDON 13 April – Tottenham masih mampu melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Huddersfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini meskipun merehatkan sebahagian besar tonggak utama. Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino mahu menyimpan tenaga untuk memastikan pemainnya cergas menjelang suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester City, Rabu depan. Mereka hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 dalam suku akhir pertama, Rabu lalu. Spurs yang sudahpun kehilangan bintang penyerang, Harry Kane akibat…










