PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000. Menurut sumber, lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 5 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. “Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian,” katanya…










