SPRM tahan 31 individu lindungi sindiket 'lori kebal'  - Utusan Malaysia

SPRM tahan 31 individu lindungi sindiket ‘lori kebal’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seramai 31 individu termasuk 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang. 

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 31 hingga 54 tahun. Mereka ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara pukul 10 pagi hingga 4 petang tadi.

Daripada jumlah tangkapan itu, lapan individu termasuk tiga wanita terbabit merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran berjumlah kira-kira RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

“Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Jelas sumber, tangkapan itu merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Katanya, dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.

Dalam pada itu, sumber berkata, kumpulan lori-lori yang dilindungi itu dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto agar mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini