PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima sebanyak 26,136 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Pertama Tahun 2019 (ST1/2019). Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, selain itu, SPR juga menerima sebanyak 11,655 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar dalam tempoh tersebut. Jelasnya, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi ST1/2019 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 30 April hingga…










