REMBAU 13 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, badan itu menggunakan pendekatan berlembut terhadap penyokong parti politik yang melanggar peraturan perjalanan pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini hari ini, bagi mengelakkan kekecohan. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, jika berlaku pergaduhan, suruhanjaya itu bimbang ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pengundi hingga menyebabkan mereka enggan keluar menunaikan tanggung jawab masing-masing kerana merasa tidak…










