TURIN 14 April – Hajat Juventus untuk menjulang kejuaraan Serie A kali kelapan berturut-turut lebih awal tertangguh ekoran kekalahan mengejut 1-2 kepada kelab kerdil, SPAL hari ini. Jaringan Kevin Bonifazi dan Sergio Floccari menghadiahkan kemenangan sensasi SPAL, sekali gus mengutip tiga mata berharga. Juventus yang memperoleh gol saguhati menerusi penyerang remaja, Moise Kean kini perlu menunggu aksi berikutnya menentang Fiorentina untuk menyambar kejuaraan. Anak-anah buah Massimiliano Allegri hanya memerlukan satu mata daripada baki enam perlawanan untuk mengesahkan gelaran. Memandangkan mereka bakal berdepan cabaran getir Ajax dalam suku akhir kedua Liga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya