KUALA LUMPUR 12 April – Seorang pelajar tingkatan 5 sekolah menengah di Kanowit, Sarawak ditahan pihak polis semalam kerana positif dadah jenis methamphetamine. Dalam tangkapan kira-kira pukul 9 pagi itu, pelajar tersebut ditahan oleh pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit di hadapan sekolahnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kanowit, Asisten Superintenden Mohd. Faisal Nawi dalam satu kenyataan berkata, pelajar terbabit ditahan pasukan khas tersebut susulan maklumat awam yang melihat…








