KUALA LUMPUR 1 April – Prosedur operasi standard (SOP) proses permohonan taraf warganegara yang telah diguna pakai sejak sekian lama akan disemak semula. MUHYIDDIN YASSIN Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan itu turut meliputi kes pengambilan anak angkat dan pemegang kad pengenalan merah. Jelasnya, tujuan utama semakan itu adalah mempercepatkan proses permohonan supaya pihak berkepentingan tidak perlu menunggu terlalu lama. “Saya telah mengarahkan supaya SOP itu diteliti…










