LONDON 16 April – Penyerang Tottenham, Son Heung-min menegaskan dia bersedia untuk menggalas tanggungjawab menggantikan tempat Harry Kane bagi menghadapi Manchester City dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara. Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu akan bertandang ke Stadium Etihad dengan kelebihan satu gol selepas menewaskan City 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama. Bagaimanapun, Spurs tempang selepas Kane dan Dele Alli mengalami kecederaan. Kane bakal direhatkan hingga tamat musim ini…










