PASIR SALAK 12 April – Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang ketujuh di negeri ini dibina di Daerah Hilir Perak di Sungai Manik dekat sini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang merasmikan majlis pecah tanah pembinaan sekolah itu hari ini berkata, ia melibatkan kos RM29.5 juta dan akan menempatkan 300 pelajar. “Jabatan agama menetapkan sekolah ini dikhaskan untuk pelajar perempuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah…








