CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyoal siasat dua individu yang mengguna laman Facebook mereka untuk menghina Nabi Muhammad SAW, isteri baginda, Saidatina Aisyah dan kesucian agama Islam di negara ini. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima pihaknya daripada orang ramai supaya tindakan diambil terhadap pihak berkenaan. Jelasnya, percakapan kedua-dua individu itu telah dirakam selepas satu…