Siti mahu wariskan SimplySiti kepada Aafiyah - Utusan Malaysia

Siti mahu wariskan SimplySiti kepada Aafiyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhasrat untuk mewariskan empayar perniagaan kosmetik SimplySiti kepada anaknya, Siti Aafiyah.

Siti selaku Presiden SimplySiti berkata, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memang bercita-cita mahu melihat Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila sudah meningkat dewasa kelak.

“Walaupun Aafiyah baru berusia setahun, tetapi dia suka dan teruja apabila melihat saya sedang bersiap dan mengenakan solekan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, jika Aafiyah benar-benar berminat dengan bidang perniagaan kosmetik, syarikat ini (SimplySiti) akan saya wariskan kepadanya,” ujar Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti di Glasshouse Seputeh, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, penyanyi lagu Anta Permana itu pernah memberitahu yang beliau dan suami tidak menggalakkan anaknya itu untuk bergelar penyanyi.

Menurut Siti, beliau lebih selesa mendedahkan Aafiyah dengan ilmu agama sejak kecil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini