KUALA LUMPUR 15 April – Keputusan kerajaan melaksanakan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Jumaat lalu, mampu memberi kelegaan kepada sektor pembinaan di negara ini setelah berada dalam keadaan suram bagi empat suku berturut-turut sejak suku kedua 2018. Keadaan ini berlaku apabila kerajaan baharu yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu mengambil langkah menyemak semula projek infrastruktur mega dan melaksanakan pengukuhan fiskal seperti diumumkan pada Belanjawan…










