LANGKAWI 12 April – Pelumba Australia, Benjamin Dyball menjadi calon utama untuk dinobat sebagai Raja Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila perlumbaan memasuki peringkat kelapan dan terakhir esok. Beraksi buat pasukan Sapura, Dyball mengumpul masa 26 jam, 58 minit dan 11 saat untuk berada 27s di depan pencabar utamanya iaitu Hernan Ricardo Aguirre Caipa dan 50 saat mengatasi pelumba Floyd’s, Keegan Swirbul. Kata Dyball, dia tidak perlu beraksi terlalu agresif…









