Pejam celik pejam celik, sudah hampir tiga tahun rumah tangga Johan Qariah Tilawah Al-Quran 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman bersama bekas suaminya, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman berakhir. Sehingga hari ini, Sharifah Khasif masih belum bertemu pengganti dan bersendirian membesarkan anak tunggalnya, Abeer Widad yang sudah mencecah usia lima tahun. Ketika ditemui pada sidang akhbar Malam Kesenian & Kebudayaan Qasidah Night di Restoran Rebung baru-baru ini, wanita berusia 37…









