PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang direman pada Selasa lalu selepas disyaki menerima suapan berbentuk jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000 tahun lalu. Perintah bebas reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noraisyah Mohd. Yusof dengan menetapkan wang ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap lelaki berusia 47 tahun itu. Tempoh reman lelaki itu…










