KUALA NERUS 29 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus melakukan serbuan di pasar borong bagi mengekang lambakan peniaga warga asing. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, tindakan itu adalah langkah paling realistik dan praktikal memandangkan pihaknya kekurangan anggota. “Untuk cadangan letak anggota KPDNHEP di pasar borong misalnya, kita ada 2,294 anggota. Bolehkah kita letak terus 24 jam, 30 hari,…










