Apabila Hael Husaini mula diburu rakan-rakan artis untuk mencipta lagu buat mereka, komposer ini mengakui terbit rasa risau dalam hatinya sekiranya lagu tersebut tidak `menjadi’. “Saya tidak pernah rasa terbeban bila ramai yang mahukan lagu saya, tetapi risau jika tak berjaya menghasilkan lagu yang sesuai dengan penyanyi tersebut. Itu satu tanggungjawab dan saya bukan jenis buat `asal boleh’. “Memang ada lagu yang saya cipta kurang mendapat sambutan dan tidak tular.…









