KABUL 13 April – Militan Taliban mengaku bertanggungjawab dalam serangan di timur Afghanistan yang menjadi sebahagian daripada serangan musim bunga, Operasi Fath. Menurut pihak berkuasa Afghanistan, Taliban meletupkan dua trak bom di daerah Shirzah, Nangarhar semalam. Kementerian Pertahanan Afghanistan memberitahu, kedua pihak mengalami korban dan pertempuran masih berlaku. – AFP










