SEPANG – Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meninggal dunia. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, wanita warga Indonesia itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang ini di Hospital Putrajaya. “Kematian wanita itu menjadikan jumlah mangsa yang maut dalam kemalangan itu meningkat kepada 12 orang dengan lapan lelaki dan empat wanita. “Mangsa lain yang maut ialah lima warga Bangladesh, Indonesia (4), Nepal (2) dan seorang lelaki warga tempatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya