Selama 30 tahun berkecimpung dalam seni barzanji dan marhaban bukan satu tempoh yang singkat. Banyak kudrat dan ilmu diperturunkan kepada anak didik supaya seni suara warisan Islam itu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah pengalaman empunya nama Ramli Rashid, 62, bekas guru marhaban di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tunku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Kuala Langat, Banting, Selangor. Saat dihubungi Mega Mimbar, Utusan Malaysia, suara dan raut wajahnya seolah-olah menzahirkan kekecewaan kerana lagu-lagu asli marhaban semakin dilupakan kerana mengikut kesesuaian zaman. Tegasnya, burdah lagu asli amat lunak didengar sekiranya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya