KUALA LUMPUR 16 April – Selangor tidak dapat meneruskan kempen Piala FA apabila kecundang kepada Felda United dengan keputusan 1-2 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Shah Alam, hari ini.
Dalam saingan tersebut kedua-dua pasukan hanya dapat meraih jaringan pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan Selangor terlebih dahulu meledak gol menerusi Muhammad Syahmi Safari pada minit ke-55.
Bagaimanapun Felda United tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Thiago Junio pada minit ke-64 sekali gus memberi tekanan kepada tuan rumah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Felda United terus mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA apabila pemainnya Hadin Azman menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88. – UTUSAN ONLINE











