LIVERPOOL 6 April-Sekumpulan lelaki mencetuskan kekecohan apabila bergaduh sesama sendiri berdekatan stadium Aintree, di sini. Dalam kejadian tersebut, lelaki-lelaki berkenaan dilaporkan berbalas tumbukan sebelum cuba dileraikan beberapa orang wanita yang berada berdekatan. Kekecohan yang turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas itu dilaporkan berlaku sebelum bermulanya pertandingan lumba kuda di stadium tersebut. Punca pergaduhan masih belum dapat dipastikan.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya