Usaha perlu sentiasa dilakukan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya penjagaan pokok dan tumbuh tumbuhan-tumbuhan demi mengekalkan kandungan oksigen dan mencegah peningkatan karbon diosida.
Ini kerana, manusia memerlukan udara yang bersih penjagan kesihatan terutama mereka yang menghidap penyakit paru-paru . Begitu juga bagi hiduan lain yang juga memerlukan oksigen untuk terus hidup
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata pelbagai program perlu dilakukan bagi tujuan peningkatan kesedaran selain memupuk rasa sayang terjadap pokok dan bumi
“Walaupun kita (Kementerian Kesihatan) tidak dipertanggungjawabkan secara langsung dalam pengurusan hutan, tetapi turut berperanan dalam meningkatkan kebersihan alam sekitar, ‘‘ ujarnya.
Beliau menyatakan demikian pada Program Menanam Pokok Let’s Go Green anjuran Yayasan Paru Paru Malaysia (LFM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong baru-baru ini.
Yang turut hadir Pengerusi LFM, Datuk Dr Zainudin Md Zin dan Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd Latif Mohmod.
Seramai 60 peserta termasuk pelajar perubatan university swasta menyertai program tersebut yang juga diadakan sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF).
Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa daripada Kelab Asma Kanak-kanak Selangor dan Wilayah Persekutuan
Mereka menanam 20 pokok daripada lima spesies iaitu Shorea sumatrana, S. glauca, Neobalano carpusheimii, Hopea sp. dan Intsia palembanica.
Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan hutan yang menghasilkan udara segar serta bersih untuk kesihatan dan kesejahteraan umum.
Selain mempromosikan usaha penghijauan dan pemuliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang, ia juga merupakan salah satu daripada aktiviti LFM untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap asma.
Dalam pada itu menurut Abd. Latif, FRIM terlibat secara aktif dalam penghutanan semula dan pemulihan kawasan yang bermasalah di seluruh negara.
“Malah, kampus FRIM di Kepong merupakan model bagi kejayaan usaha penghutanan semula yang bermula sejak 1920-an.
“FRIM yang merupakan green lung di kawasan Lembah Klang telah diiktiraf sebagai hutan hujan tropika buatan manusia yang tertua dan terbesar di dunia,’’ ujarnya.
Ia juga adalah salah satu destinasi popular bagi organisasi luar seperti badan-badan korporat serta institusi pengajian tinggi tempatan untuk melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR). FRIM mula melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR sejak tahun 2000.
Menerusi program berkenaan, usaha untuk memperkenalkan FRIM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta mempelopori gerakan hijau dan mesra alam dapat dilaksanakan.
“Sepanjang tempoh antara 2010 hingga 2018, sebanyak 20,607 pokok telah ditanam hasil usaha bersama dengan 169 badan korporat. ‘‘
Kini, FRIM diiktiraf sebagai hutan hujan tropika buatan manusia yang tertua dan terbesar di dunia.
Dalam pada itu menurut Dr Zainudin persekitaran yang bersih amat penting untuk kesihatan mereka yang menghidap penyakit paru-paru termasuk asma.
“Kami akan menjemput kanak-kanak dan ibu bapa dari Kelab Asma Kanak-kanak Selangor dan Wilayah Persekutuan serta para pelajar perubatan universiti untuk menyertai program ini,” kata beliau
LFMialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang komited terhadap peningkatan standard penjagaan dan rawatan untuk pesakit paru-paru.
LFM yang ditubuhkan pada 2006, enawarkan sokongan dan bantuan kepada para pesakit yang mengidap penyakit kronik serta mendidik masyarakat tentang pelbagai jenis penyakit paru-paru.
LFM memilih FRIM kerana ia merupakan lokasi paling sesuai untuk penanaman pokok.
INFO
FRIM terletak kira-kira 16 km di utara Kuala Lumpur
Merupakan salah satu kawasan hijau terakhir yang penting di Lembah Klang.
Merangkumi 544 hektar dan menjadi habitat kepada lebih 15 juta tumbuhan daripada lebih 2,000 spesies flora.
FRIM diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi pada 2009 dan
* Diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2012.
* Sedang berusaha ke arah mencapai pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjelang 2021.
Tapak Warisan Dunia UNESCO.











