RAKYAT pelbagai kaum di negara ini yang hidup penuh harmoni sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, mempunyai sebab untuk mengingati nama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-8, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhamad. Pertama, baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama selaras dengan peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedua, wajah baginda yang kacak itu terus menerus dicetak pada mata wang kertas negara kita sejak 1967 menyebabkan baginda dikenali ramai…









