REMBAU 4 April – Calon Barisan Basional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan tuduhan beliau melakukan penipuan dan mengambil kesempatan terhadap penduduk dalam kemelut tanah di Sendayan dahulu. Sebaliknya, jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, tanah di Sendayan sudah tiada apa-apa isu lagi dan telah diselesaikan oleh kerajaan Negeri Sembilan semasa beliau menjadi Menteri Besar. Tambah Mohamad lagi, isu berkenaan…










