KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pernah terfikir untuk membunuh diri kerana berdepan dengan masalah kemurungan. Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman, 27, berkata, dia berdepan masalah kemurungan itu Februari tahun lalu. “Saya pernah terfikir untuk bunuh diri disebabkan berdepan kemurungan yang disebabkan masalah putus cinta, keluarga dan bebanan kerjaya. “Saya berasa sangat sunyi tiada tempat mengadu. Mujurlah saya berkongsi masalah dengan ibu dan mendapatkan rawatan…










