JOHOR BAHRU 5 April – Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran seramai 17.4 juta pelancong pada tahun depan sempena program Tahun Melawat Johor 2020 dan penganjuran Sukan Malaysia 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, sehubungan itu pihaknya menggesa semua pihak memainkan peranan proaktif untuk menjayakannya. “Johor merupakan sebuah negeri yang penuh dengan tarikan pelancongan seperti lokasi menarik dan makanan istimewa. Pada tahun 2018 kita berjaya menarik…










