JAKARTA 17 April – Calon wakil Presiden (cawapres) nombor dua, Sandiaga Uno selesai membuang undi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) 002 Kelurahan Selong, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan sekitar pukul 8.15 pagi tadi. Lapor Detik News, beliau turut ditemani isterinya yang juga membuang undi di TPS berkenaan. Sementara itu, calon Presiden (capres) nombor dua, Prabowo Subianto membuang undi di TPS 41 di Kampung Curug, Desa Bojong Koneng, Bogor, Jawa Barat sekitar…










