Unik dan penuh tradisi. Itulah pemandangan yang dilihat penulis apabila berkunjung ke Kampung Orang Asli Sungai Judah, sehari sebelum penduduk Orang Asli Mah Meri meraikan Ari Muyang (Hari Moyang) baru-baru ini. Ari Muyang umpama sambutan hari raya bagi masyarakat Mah Meri dengan setiap keluarga akan menyediakan hidangan istimewa, selain menghias kediaman mereka. Ritual itu diraikan oleh lebih 3,000 anggota masyarakat tersebut yang mendiami lima kampung di sekitar Pulau Carey, kira-kira…









