JIKA inginkan makanan yang sedap dan murah, Restoran Cik Melur di Pusat Penjaja Bandar, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur merupakan pilihan yang tepat terutamanya bagi golongan bujang atau berpendapat rendah. Biarpun lauk yang disediakan nampak bersahaja, Nasi Hat yang ditawarkan kepada pelanggan cukup untuk membuatkan anda kenyang dan mahu kembali ke restoran tersebut. Menurut Pemilik Restoran Cik Melur, Tengku Ahmad Silmi, keunikan nasi tersebut terletak pada sambal dan lauknya.…









