Sahruddin janji galas amanah diberi demi rakyat - Utusan Malaysia

Sahruddin janji galas amanah diberi demi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 April – Menteri Besar yang baharu, Dr Sahruddin Jamal berjanji akan menggalas amanah yang diberikan sepenuh hati bagi memastikan kemajuan negeri ini.

Beliau berkata, apa yang penting buat masa ini adalah untuk memastikan rakyat menikmati kemajuan dan pembangunan yang dirancangkan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Osman Sapian kerana beliau menjadi penggerak utama kami selama ini di sini bersama-sama dengan pemimpin pusat untuk pasukan Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…
MENTERI Besar Johor yang baharu, Dr. Sahruddin Jamal ketika hadir sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti
MENTERI Besar Johor yang baharu, Dr. Sahruddin Jamal ketika hadir sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor, Kempas hari ini. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

“Banyak yang Datuk Osman lakukan dan saya akan teruskan segala agenda yang direncanakan, dengan bantuan semua, in sha Allah kita akan dapat membawa Johor ke depan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Sahruddin berkata, beliau juga akan sentiasa mengingati nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan pemimpin berintegriti untuk memastikan nasib rakyat terus terbela. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini