Sahruddin angkat sumpah MB Johor - Utusan Malaysia

Sahruddin angkat sumpah MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 April – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bermula hari ini.

Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 9.30 pagi ini.

Terdahulu kenderaan dinaiki beliau dilihat memasuki istana pada pukul 8.45 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sahruddin, 44, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepong dijadual untuk mengadakan sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Besar di pejabat Pakatan Harapan negeri, Kempas dekat sini pada 11 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini