LANGKAWI 14 April – Pasangan Rusia dan Amerika Syarikat (AS) menguasai Kejohanan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB)-Terbuka Langkawi 2019 yang memasuki hari keempat serta terakhir, hari ini. Gandingan Anton Kislytsyn-Daniil Kuvichka dari Rusia dinobat sebagai juara lelaki selepas menumpaskan rakan senegara, Andrey Bolgov-Vladislav Ermilov 21-16, 21-16 dalam perlawanan akhir. Kislytsyn-Kuvichka sebelum itu mara ke final selepas mengetepikan pasangan Jepun, Hitoshi Murakami-Takashi Tsuchiya, 25-23, 21-16. Dalam…










