KULIM 10 April – Seorang pesara tentera dari Kampung Dusun di sini sanggup menghabiskan wang pencen dan simpanannya sebanyak RM240,000, mengusahakan ladang ternakan rusa yang kini menjadi salah satu produk agropelancongan baharu. Ladang diusahakan Muhammad Zuliadi Mail, 43, yang mulanya bertujuan menjual induk dan daging rusa, kini menjadi tumpuan masyarakat setempat dan luar merasai pengalaman berinteraksi serta ‘bermanja’ dengan haiwan ruminan itu. Muhammad Zuliadi berkata, ladang ternakan berkeluasan satu hektar itu diusahakannya sejak dua tahun lalu bermula dengan 19 induk rusa yang dibeli dari Kelantan, Kedah dan Perak. “Pada permulaan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya