KUALA LUMPUR 15 April – Sebanyak 30 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Uma Bawang, dekat Skim Penempatan Semula Sungai Asap Belaga, Sarawak hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.03 petang. “Sebanyak 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa antara satu jam setengah hingga dua jam dari Bintulu. “Setakat…










