KUALA LUMPUR 29 April- Sebuah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dihempap pokok dalam kejadian di Batu 15, Jalan Kenanga, Bukit Kundang dekat sini petang tadi. Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika hujan dan angin kuat melanda di kawasan berkenaan. “Kejadian itu menyebabkan sebuah rumah mengalami kerosakan berskala kecil. “Bagaimanapun, tiada penempatan dibuka setakat ini dan kita akan terus memantau…










