Ronaldo kekal di Turin - Utusan Malaysia

Ronaldo kekal di Turin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ITALI 21 April – Cristiano Ronaldo memberi jaminan ‘1,000 peratus’ dia akan kekal bersama Juventus pada musim ini dan tidak akan menyertai mana-mana pasukan pada musim depan.

Ronaldo menjulang trofi Serie A buat kali pertama selepas menyertai kelab itu dari Real Madrid pada musim panas lalu dan dia menyimpan azam untuk membantu pasukannya memenangi Liga Juara-Juara, musim depan.

“Saya dapat merasai kegembiraan ini kerana pasukan layak untuk menjuarai liga sebab kami adalah pasukan terbaik pada musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda tidak boleh selalu menang, kami berusaha sedaya upaya namun hanya satu pasukan sahaja yang akan memenangi Liga Juara-Juara.

“Tahun depan menjadi tahun yang berbeza dan tidak mustahil. Saya boleh sahkan 1,000 peratus kekal di Juventus pada musim depan,” katanya.

Juventus mengesahkan kejuaraan Serie A lebih awal selepas menewaskan Fiorentina 2-1, semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini