KUANTAN 15 April – Sebanyak RM80,000 disalurkan kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk penambahbaikan dan menaik taraf Pasar Nelayan Balok di sini bagi menggalakkan lagi sosioekonomi sektor perikanan negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, peruntukan berkenaan merangkumi peningkatan kemudahan asas bagi menggalakkan lagi pendaratan ikan di pasar nelayan tersebut. “Peningkatan kemudahan asas di pasar nelayan ini penting bagi melancarkan lagi aktiviti pendaratan…










