KUALA TERENGGANU 3 April – Kerajaan negeri memerlukan sebanyak RM100 juta bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Pulau Redang berikutan paip utamanya yang sering pecah. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, setakat tahun ini paip yang berusia lebih 20 tahun itu sudah lima kali pecah dengan kos baik pulih setiap satunya mencecah RM50,000. “Ada beberapa syarikat telah menjalankan kajian mengenai kos…










