KUALA LUMPUR 5 April – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 29 Mac meningkat kepada AS$103 bilion (RM420.45 bilion) berbanding AS$102.6 bilion (RM418.81 bilion) pada 15 Mac lalu. BNM dalam kenyataannya berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan sekali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Menurut bank pusat itu, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing AS$97.1 bilion (RM396.36 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta (RM3.67 bilion)), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion (RM4.49 bilion)), emas (AS$1.6 bilion (RM6.53 bilion))…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya