Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal - Utusan Malaysia

Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit naik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan sentimen pasaran terhadap unit tempatan yang meningkat susulan harga minyak global yang tinggi.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0800/0830 berbanding dolar AS daripada 4.0830/0870 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, harga minyak telah meraih momentum dengan pengurangan bekalan yang menyokong pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini, sekali gus, dilihat sebagai positif kepada perolehan minyak dan gas negara,” katanya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.3 peratus kepada AS$69.59 setong manakala minyak mentah US West Texas Intermediate naik 0.1 peratus kepada AS$62.64 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun, yang meningkat kepada 3.6612/6642 daripada 3.6662/6704 semasa ditutup semalam.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0124/0151 daripada 3.0115/0149, susut berbanding pound British kepada 5.3570/3614 daripada 5.3275/3331 dan rendah berbanding euro kepada 4.5757/5795 daripada 4.5738/5799 sebelum ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini