KUANTAN 9 April – Seorang remaja lelaki maut setelah kereta Perodua Kelisa dipandunya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi L200 dalam kemalangan di Jalan Semambu di sini pagi ini. Dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, mangsa Mohd. Afiq Irfan Rosli, 21, yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami. Pemandu Mitsubishi L200, Mohd. Azizi Che Mamat, 32, yang bekerja sebagai peniaga kedai runcit pula luka di dahi dan lengan sebelah kiri serta dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan. Ketua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya