MADRID 2 April – Presiden Real Madrid, Florentino Perez berkata, hari ini, kelab berharap dapat memulakan kerja-kerja mengubah suai Santiago Bernabeu sebaik musim ini berakhir. Reka bentuk baharu stadium di Madrid itu akan menelan perbelanjaan sekitar 500 juta euro (RM2.28 billion) dan ubah suai tersebut turut melibatkan bahagian bumbung serta padang. “Pelan telahpun diluluskan. Sebab itu saya mahu anda mengetahuinya minggu depan, kami akan menandatangani kontrak terakhir dan sepanjang April…










