WASHINGTON – Rapper terkenal yang tercalon dalam Anugerah Grammy, Nipsey Hussle ditembak mati luar kedai pakaian miliknya di Los Angeles dekat sini pada Ahad, lapor media. Jurucakap polis Los Angeles berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan nama-nama mangsa yang terlibat dalam kejadian tembakan tersebut, namun AFP difahamkan, insiden pada tengah hari itu mengakibatkan seorang terbunuh dan dua yang lain cedera. Katanya, penembak tersebut masih lagi bebas. “Kita belum mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek pada masa ini dan akan mengumumkannya sebaik memperolehinya,” katanya di laman Twitter. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya