REMBAU 13 April – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan kemenangan di Rantau adalah model terbaik bagi menggambarkan kerjasama pelbagai kaum di negara ini. Beliau berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) tersebut telah disumbangkan oleh pengundi dari pelbagai latar belakang. “Kita menang di Rantau bukan sahaja kerana undi Melayu semata-mata tetapi juga sokongan pengundi Cina dan India. “Setiap undi dalam kawasan adalah…










