Rantau bakal terpinggir? - Utusan Malaysia

Rantau bakal terpinggir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 12 April – Benarkah Rantau akan terpinggir daripada arus pembangunan sekiranya pengundinya memilih wakil rakyat pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang berlangsung esok?

Ini mungkin menjadi dilema dalam kalangan pengundi untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dalam DUN.

Serba salah memikirkan sama ada memilih wakil daripada parti yang memerintah dan mendapat nikmat pembangunan atau terpinggir kerana hendak membalas budi pemimpin yang telah menabur jasa bakti kira-kira 14 tahun kepada bumi Rantau.


Memuatkan artikel berkaitan…

Pertamanya, ini adalah Malaysia Baharu yang menjadi slogan besar dilaung-laungkan hampir setahun lalu. Dalam Malaysia ini, tidak ada sesiapa pun yang akan terpinggir.

Semua orang akan mendapat perhatian. Tidak ada klaus tambahan yang mengatakan anda akan dipinggirkan jika menyokong parti bukan pemerintah.


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun memberitahu bahawa beberapa pembangunan baharu yang bakal muncul di kawasan pantai peranginan popular itu akan dipastikan turut sampai manfaatnya kepada Rantau.

Menurut Presiden PKR itu, pembangunan yang bakal berlaku dilihat harus dipesatkan dan tidak hanya tertumpu kepada daerah Port Dickson sebaliknya turut meliputi kawasan sekitar.


“Sejak saya jadi Ahli Parlimen Port Dickson, kita telah dapat beberapa projek baharu, pelancongan, taman tema dan industri yang kini dalam proses kelulusan dan pembinaan. Ia tidak tertumpu kepada daerah Port Dickson tetapi meliputi kawasan sekitarnya termasuk Rantau,” katanya selepas Majlis Bertemu Masyarakat India Kuala Sawah di Taman Sri Ramai, Rantau, di sini baru-baru ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, anggapan kononnya pembangunan di Rantau akan terhenti sekiranya beliau memenangi PRK DUN Rantau esok haruslah ditolak.


Jelasnya, menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir kerajaan Persekutuan dan negeri untuk membantu membangun dan memberi layanan yang adil kepada semua kawasan sama ada ia kawasan diwakili pemimpin kerajaan ataupun pembangkang.


“BN pernah mentadbir dulu, sama ada tempat itu pembangkang ataupun tidak, kita tidak pernah menganaktirikan sesiapa, kita tahu DAP kuat di Seremban dan Rasah tapi kita tidak pernah kata jangan bangunkan kawasan tersebut, kita bangunkan kerana pembangunan itu hak rakyat.

Tambahnya, kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran BN tidak pernah mengabaikan pembangunan kawasan Parlimen mahupun DUN yang diwakili pembangkang.

Maka kini jelas bahawa, pembangunan akan tetap berlaku di Rantau termasuk sekiranya ia diwakili oleh parti pembangkang. Inilah sebenarnya Malaysia Baharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini