Rakyat terus bangkit - Utusan Malaysia

Rakyat terus bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 13 April – Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menerusi calonnya, Datuk Seri Mohamad Hasan dianggap kebangkitan berterusan rakyat yang bermula di PRK Cameron Highlands diikuti Semenyih.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa usaha bersama jentera dari seluruh pelosok negara demi memastikan kemenangan seorang pemimpin yang disanjungi rakyat khususnya di Negeri Sembilan.

“Sesungguhnya, kemenangan ini bukan bermakna perjuangan kita sudah selesai malah masih panjang dan suara rakyat harus kita utamakan serta perjuangkan setiap masa,” katanya di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wan Rosdy mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang masih memberi kepercayaan kepada Mohamad atau ‘Tok Mat’ sebagai wakil rakyat di kerusi berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Besar turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kepemimpinan, ahli-ahli dan jentera Pas yang bersungguh-sungguh membantu memastikan kemenangan BN.

“Semoga permuafakatan erat UMNO dan Pas dapat diteruskan demi kelestarian umat Islam dan Melayu tanpa mengetepikan kaum-kaum lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini