Rakyat perlu dapat fahaman jelas peranan Raja-Raja dalam Perlembagaan - Utusan Malaysia

Rakyat perlu dapat fahaman jelas peranan Raja-Raja dalam Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Rakyat perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai kedudukan Raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan mereka melemparkan fitnah terhadap institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, rakyat perlu lebih faham peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-raja sebagai Ketua Negeri yang sekali gus pemahaman tersebut dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

“Masyarakat harus faham kedudukan perlembagaan, jadi kita perlu lebih memperbanyak ‘outreach to educate people’ tentang peruntukan perlembagaan yang memberikan kedudukan khas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Janganlah sesiapa cuba mengungkitkan apa-apa isu (berkaitan perlembagaan) yang boleh menyakiti hati raja-raja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukan Tetangga Dan Persatuan Penduduk Peringkat Zon Selatan (Melaka dan Johor) 2019 di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Adly Zahari. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini