PULAU PINANG 14 April – Rakyat Indonesia yang berada di negeri ini menjalankan tanggungjawab untuk mengundi pemimpin mereka sempena pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) Indonesia yang berlangsung hari ini. Seawal pukul 8 pagi, pengundi-pengundi berdaftar memenuhi perkarangan Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Jalan Burma di sini yang menjadi lokasi pengundian awal tersebut. Sambil beratur menunggu giliran mengundi, penyokong tidak ketinggalan melaungkan nama calon Presiden pilihan masing-masing namun…










